Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF) hari ini memohon maaf kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal masuk ke Jepun pada Januari lalu untuk hadir sebagai tetamu undangannya. Menurut pengerusi SPF Jiro Hanyu, sebagai penganjur beliau mengakui bertanggungjawab kerana tugasnya adalah memastikan segalanya berjalan lancar.